Thursday, December 31, 2009

Black Forest Cake yang pertama

Krismas lepas aku dan Ain berlepas ke Pahang untuk kursus kek. Bawa Alisha lagi. Seronok sungguh dia naik bas. Tapi sekejapan je dah tidor.

Pertama kali buat black forest memang mengujakan. Aku pulak jenis tak sabar..wahahhaha...inilah hasilnya




Gambar  pertama masa baru bawa kek balik..itupun dalam bas dah senget sikit. Yang gambar lagi satu tu, hasil perbuatan aku dan suami di pagi esoknya..wahahhaa..kami berdua je belasah dah suku kek ...sedap!!!

Masih banyak lagi perlu dipelajari. Lepas ni asyik la jawabnya buat black forest.Tapi coklat tetap di hati.

Monday, December 21, 2009

Contoh2 hiasan riben pada fancy case

Ini adalah antara homework saya yang memang minat saya buat tapi tak lah secantik mana seperti orang lain yang memang pakar dan tinggi imaginasi dan kreativiti. Sekadar suka2 untuk menceriakan case coklat saya.

Case yang besar itu untuk promosi 10 biji coklat iaitu RM11.00 harga biasa RM12.00.
Case kecil comel itu boleh muat hingga lima biji coklat tapi saya lebih suka letak 3 biji saja yang bernilai RM3.00 harga biasa RM3.50. Untuk doorgift pun cantik sekali..look cute. Sila klik gambar untuk clear image.

Marilah kita menjamu mata .... jika berminat sila hubungi saya ye...


Thursday, December 17, 2009

PROMOSI HINGGA 31 DIS 2009!!




Tawaran Istimewa hingga 31 Disember 2009!!
Kini hanya RM11.00!!
(harga asal RM12.00)
Cepat dapatkan segera sebelum terlambat!!

Sunday, December 13, 2009

Tempahan perkahwinan

Assalamualaikum...mari kita menjamu mata coklat2 untuk majlis perkahwinan..
Seperti yang saya sebut dalam blog keluarga, coklat2 ni semua dibuat dan dimasukkan dalam kotak secara gotong royong kami sekeluarga hingga 3.30 pagi tadi. Anak bujang saya yang baru balik kerja terus dipaksa jadi pengoyak kertas sticker untuk ditampal ke kotak sebanyak 500 biji! Berpinau biji mata semua. Lepastu masing2 keliling meja untuk memasukkan coklat dalam kotak. Riuh dan meriah lebih dari hari raya!Nasib baik Alisha dah tidur....

jom kita jengok...





Ini adalah coklat yang di siapkan untuk meraikan perkahwinan anak seorang sahabat.







Ini adalah gambar coklat yang diorder oleh Asmahani yang akan di bawa ke Kuantan untuk kenduri kahwinnya minggu depan. Sepanjang seminggu coklat2 ini akan disimpan dan dijaga oleh Hani. Harap2 semuanya dalam keadaan baik dan sempurna hingga ke akhir. Sebanayk 500 kotak disiapkan berserta riben dan dimuatkan kedalam kotak polysterene.

Terimakasih Hani moga perkahwinan Hani bahagia dan berkekalan hingga akhirat.

Tuesday, December 1, 2009

Order dari sahabat







Ini antara order bidan terjun dari sepupu saya dari Singapura dan sahabat saya dari alaf21fc,Fazila.

untuk kotak 2 pcs tu adalah untuk doorgift perkahwinan.

Terima kasih pada yang mempercayai saya. Moga rahmat untuk anda semua tidak putus2...

Wednesday, October 21, 2009

Tuesday, October 13, 2009

Tempahan






Ini antara coklat yang diorder dari kengkawan dan sanak saudara yang tak mampu nak aku muatkan semuanya dalam blog ni.Apapun harap anda enjoy!!!!

Wednesday, August 26, 2009

PROMOSI HARI RAYA


30 biji boleh dibeli berasingan

  • Almond strip dan buble rice-----RM18.0-----harga biasa RM20.00
  • Gajus dan buble rice------------ RM18.00---harga biasa RM20.00
  • Almond nib dan peanut butter---RM18.00---harga biasa RM20.00
  • Gajus dan peanut butter---------RM18.00---harga biasa RM20.00
  • Munchy's enrobbed--------------RM14.00---harga biasa RM16.00


Anda juga boleh membeli secara campuran (25 biji)

5 biji tiap jenis RM17.00

Lebih menarik tiap belian melebihi 5 kotak, anda akan menerima special gift berupa 4 biji real chocolate bernilai RM5.30.


Contoh case sahaja untuk free gift


Real chocolate

Tiap belian melebihi RM20.00 (tidak termasuk kotak/casing), anda akan memperolehi discount sebanyak 10%
Contoh design cokelat

Saturday, August 22, 2009

Contoh kotak-kotak coklat


kotak untuk 35 biji


Kotak untuk 4 biji


Ini untuk 3 biji


Ini special case yang boleh muat sehingga 7 ke 8 biji coklat mengikut saiz.



Kotak untuk 2 biji coklat (oder minima 50 kotak)


Kotak untuk sebiji coklat (oder minima 70 kotak)

MENGAPA MEMILIH HANDMADE CHOCOLATE?

Sebabnya....

1. saya memang suka makan cokelat sejak kecil. jadi tidak hairan cokelat menjadi buahati saya. Saya tak pernah jemu dengan KitKat..my fav..jadi saya teringin sesangat nak buat macam Kitkat sedari kecil..tak taulah kalau saya mampu merealisasikan impian yang satu ini

2. yang paling utama, ianya diyakini halal sebab saya hanya memilih cokelat dan bahan2 lainnya yang halal sahaja untuk membuat homemade cokelat untuk ALIF COC.

3. cokelat membuat susu ibu lancar. Sejak Alisha berusia 6 bulan, produce susu saya berkurangan hingga saya tak mampu lagi pam susu di pejabat. Namun sejak saya makan cokelat handmade ini, susu saya banyak!!! Jadi pada ibu2 yang menyusu, boleh mencari saya untuk grab cokelat handmade dari Alif Coc...

4. cokelat yang terbaik adalah cokelat asli (real chocolate) hitam dimana kandungan gulanya lebih rendah berbanding cokelat susu dan cokelat putih. Pengidap diabetes tidak mempunyai masalah untuk menikmati kelazatan cokelat asli hitam yang lazat dan berkhasiat.

Yang pentingnya saya terpanggil untuk menzahirkan impian menjadi lebih berjaya dalan tiap apa jua yang saya ceburi terutama handmade cokelat yang halal dan diyakini umat Islam. Saya ingin memperkenalkan produk yang lebih berkhasiat dan lazat untuk dinikmati seluruh keluarga.