Wednesday, October 20, 2010

Belajar steamed buttercream








Antara kek2 semasa belajar steamed buttercream..bersaama kakak dan sahabat lain. Rumit tapi berbaloi.

Monday, October 4, 2010

Hariraya,openhouse,kahwin dan periksa...

Dah lama sungguh tak update Alif Schokolade..pc asik bawa masalah dan susah sangat nak update. Sementara ada kesempatan ni maka saya tak lepas peluang walau perut tengah sendat...open house katakan..sana sini hingga jalan yang tak pernah jammed punnnn boleh sesak yang amat. Apatah lagi dihujung minggu macam ni ada majlis perkahwinan..bertambah sesak jalan dan perut. Tapi dalam kemeriahan open house sana sini, mereka yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM seterusnya sudah pasti dapat tak dapat .. takkan lupakan buku...tapi raya tetap raya ye...

Saya nak citer sikit pasal Schokolade..saya ni asik sebut scho-ko-lade..tapi cara sebutan sebenarnya scho- ko-la-de... bahasa Jerman rupanya..itu pun anak buah yang ajar... ye ke....hahaha...

Jom jamu mata dengan kek dan coklat yang lama merindui nak posing kat blog kesayangan...






Coklata dalam love case semuanya ada filing dan boleh ditempah dgn harga RM19.00.
Anda juga boleh tempah untuk doorgif atau hantaran.


kek harijadi untuk kakak saya Rikha 5.10 (ada di Temerloh), anak buah saya Amelina 7.10, anak2 saya Izzati 18.10 dan Alisha 29.10. Saja buat sekaligus dan buat panggilan utk kakak saya supaay dia boleh dengar riuh rendah kami di KL.

Ini kek marble resepi arwah mak saya dan ditambah dengan butter cream topping. Rasa memang sedap. Jika berminat boleh hubungi saya ye...