Thursday, December 31, 2009

Black Forest Cake yang pertama

Krismas lepas aku dan Ain berlepas ke Pahang untuk kursus kek. Bawa Alisha lagi. Seronok sungguh dia naik bas. Tapi sekejapan je dah tidor.

Pertama kali buat black forest memang mengujakan. Aku pulak jenis tak sabar..wahahhaha...inilah hasilnya




Gambar  pertama masa baru bawa kek balik..itupun dalam bas dah senget sikit. Yang gambar lagi satu tu, hasil perbuatan aku dan suami di pagi esoknya..wahahhaa..kami berdua je belasah dah suku kek ...sedap!!!

Masih banyak lagi perlu dipelajari. Lepas ni asyik la jawabnya buat black forest.Tapi coklat tetap di hati.

Monday, December 21, 2009

Contoh2 hiasan riben pada fancy case

Ini adalah antara homework saya yang memang minat saya buat tapi tak lah secantik mana seperti orang lain yang memang pakar dan tinggi imaginasi dan kreativiti. Sekadar suka2 untuk menceriakan case coklat saya.

Case yang besar itu untuk promosi 10 biji coklat iaitu RM11.00 harga biasa RM12.00.
Case kecil comel itu boleh muat hingga lima biji coklat tapi saya lebih suka letak 3 biji saja yang bernilai RM3.00 harga biasa RM3.50. Untuk doorgift pun cantik sekali..look cute. Sila klik gambar untuk clear image.

Marilah kita menjamu mata .... jika berminat sila hubungi saya ye...


Thursday, December 17, 2009

PROMOSI HINGGA 31 DIS 2009!!




Tawaran Istimewa hingga 31 Disember 2009!!
Kini hanya RM11.00!!
(harga asal RM12.00)
Cepat dapatkan segera sebelum terlambat!!

Sunday, December 13, 2009

Tempahan perkahwinan

Assalamualaikum...mari kita menjamu mata coklat2 untuk majlis perkahwinan..
Seperti yang saya sebut dalam blog keluarga, coklat2 ni semua dibuat dan dimasukkan dalam kotak secara gotong royong kami sekeluarga hingga 3.30 pagi tadi. Anak bujang saya yang baru balik kerja terus dipaksa jadi pengoyak kertas sticker untuk ditampal ke kotak sebanyak 500 biji! Berpinau biji mata semua. Lepastu masing2 keliling meja untuk memasukkan coklat dalam kotak. Riuh dan meriah lebih dari hari raya!Nasib baik Alisha dah tidur....

jom kita jengok...





Ini adalah coklat yang di siapkan untuk meraikan perkahwinan anak seorang sahabat.







Ini adalah gambar coklat yang diorder oleh Asmahani yang akan di bawa ke Kuantan untuk kenduri kahwinnya minggu depan. Sepanjang seminggu coklat2 ini akan disimpan dan dijaga oleh Hani. Harap2 semuanya dalam keadaan baik dan sempurna hingga ke akhir. Sebanayk 500 kotak disiapkan berserta riben dan dimuatkan kedalam kotak polysterene.

Terimakasih Hani moga perkahwinan Hani bahagia dan berkekalan hingga akhirat.

Tuesday, December 1, 2009

Order dari sahabat







Ini antara order bidan terjun dari sepupu saya dari Singapura dan sahabat saya dari alaf21fc,Fazila.

untuk kotak 2 pcs tu adalah untuk doorgift perkahwinan.

Terima kasih pada yang mempercayai saya. Moga rahmat untuk anda semua tidak putus2...