Friday, December 24, 2010

Cup cake n coklat lurv








Antara kerja kerastangan ku sepanjang minggu lepas

Friday, November 26, 2010

Creme O coklat

 Hadiah untuk pengantin ..creme o yang disalut coklat dihias dengan buttercream..
 Dorgif yang juga dihias dgn buttercream.

Yang ini coklat moist cupcake dihias dgn buttercream.

Saturday, November 13, 2010

Kek oren




Ini kek oren tradisi dari arwah mak. Saya topping dengan Van Houten dark compound chocolate yang rasanya memang sedap. Tulisan dari white compound chocolate dan dihias dengan buttercream. Harap murid2 semua suka yee...

Harganya...

saiz 8 RM63 lebih dari 1kg
saiz 7 RM43 lebih kurang 850 gram

Friday, November 5, 2010

Tempahan cmc dan cmcc

Kek Ini tempahan dari kawan Nizam....


Cupcakes ni pula tempahan dari seorang guru sekolah rendah untuk anak2 muridnya...beserta bar coc sebanyak 33 batang yang tak sempat saya snap gambarnya.

CMCC belajar dengan Zalina dan cc yang anak2 buat





Gambar atas ni dari kelas saya dan kak Rikha saya  ikuti...seronok!




Gamabr2 lain ni pulak hasil kerastangan anak2 saya Nizam dan Adilah...ada juga yang saya buat.. nak anak2 tau susah payah mama dia buat ...

Wednesday, October 20, 2010

Belajar steamed buttercream








Antara kek2 semasa belajar steamed buttercream..bersaama kakak dan sahabat lain. Rumit tapi berbaloi.

Monday, October 4, 2010

Hariraya,openhouse,kahwin dan periksa...

Dah lama sungguh tak update Alif Schokolade..pc asik bawa masalah dan susah sangat nak update. Sementara ada kesempatan ni maka saya tak lepas peluang walau perut tengah sendat...open house katakan..sana sini hingga jalan yang tak pernah jammed punnnn boleh sesak yang amat. Apatah lagi dihujung minggu macam ni ada majlis perkahwinan..bertambah sesak jalan dan perut. Tapi dalam kemeriahan open house sana sini, mereka yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM seterusnya sudah pasti dapat tak dapat .. takkan lupakan buku...tapi raya tetap raya ye...

Saya nak citer sikit pasal Schokolade..saya ni asik sebut scho-ko-lade..tapi cara sebutan sebenarnya scho- ko-la-de... bahasa Jerman rupanya..itu pun anak buah yang ajar... ye ke....hahaha...

Jom jamu mata dengan kek dan coklat yang lama merindui nak posing kat blog kesayangan...






Coklata dalam love case semuanya ada filing dan boleh ditempah dgn harga RM19.00.
Anda juga boleh tempah untuk doorgif atau hantaran.


kek harijadi untuk kakak saya Rikha 5.10 (ada di Temerloh), anak buah saya Amelina 7.10, anak2 saya Izzati 18.10 dan Alisha 29.10. Saja buat sekaligus dan buat panggilan utk kakak saya supaay dia boleh dengar riuh rendah kami di KL.

Ini kek marble resepi arwah mak saya dan ditambah dengan butter cream topping. Rasa memang sedap. Jika berminat boleh hubungi saya ye...

Monday, August 9, 2010

kek harijadi



Ketiga2 kek di atas adalah oder dari orang berlainan. Apapun selamat menyambutharijadi pada semua. Moga Allah memberkati hidup anda.

Harga tiap satu        RM13.00 /500g dan ia adalah harga promosi sehingga diberitahu kelak.
Bekas adalah plastik jernih.Jika memerlukan kotak kek harga ditambah RM1.00.

Saturday, August 7, 2010

Chocolate


Sesuai untuk hadiah semasa hariraya atau harijadi atau untuk insan istimewa.

Coklat bentuk flower adalah coklat perisa mint and strawberry yang saya lapisi dengan dark coc seperti kuih lapis.

Bentuk love warna merah ada filing strawberry dan oren.

Ketupat pun ada filing juga.

Love besar dit engah beratnya 13g saya letak filing caramel.

Harga RM27.Promosi RM25.00 hingga hari raya.

Perhatian:  bentuk dan filing boleh bertukar mengikut mold yang ada.

Monday, August 2, 2010

gambar promosi





Pax istimewa...

sesuai untuk hadiah atau makan sendiri











Fames D Amor

ala ala famous amos














London almond

anda juga boleh pilih untuk perisa  mint,strawberi,oren atau lemon.

cmcc untuk Nisa dan Yana

Dah lama dah gambar ni tapi tak sempat masuk.tak sibuk mana asik bebeno layan alisha je...kerja tangan sy masih keras lum lembut lagi...kena praktik lebih lagi...insyallah






Sunday, July 25, 2010

Lolli lolli oh lollipop dan promosi lainnya

Smiley yang comel ini berharga RM1.30 dan berperisa. So yummy!!


Katak,Ladybug(ye ke?) dan topi serta beberapa kawannya hanya berharga RM1.65.




Coklat kecil ini (bentuk biji kopi) amat digemari oleh kanak2..dan berperisa. 1 pack ini berharga hanya RM1.50/20g. Anda boleh oder mengikut berat secara loose atau dalam bekas.

Harga boleh dirunding sekiranya anda membeli dalam kuantiti yang banyak.


Fames D amor kegemaran anak2 dan telah menjadi pilihan dalam pek kecil ini yang berharga hanya RM5.00/80-83g.Boleh juga oder dalam case untuk hadiah atau hari raya.

Sunday, July 4, 2010

Coc box




Coc box dari Azni untuk suami tersayang sempena ulangtahun perkahwinan mereka. Azni nak cokelat yang ada filing. Jadi cokelat lain dibalut dengan aluminium foil.

Terima kasih Azni. Moga perkahwinan kekal bahagia hingga ke akhirat.

Cokelat dan case

 
Cokelat 15 biji dengan pelbagai isian seperti caramel, strawberi dll. RM 17.00 tanpa hiasan riben.

Jumpa Ana dan Suriana di KLCC. Buahtangan untuk mereka. 4 biji RM3.50

Bear comel yang enak bersama almond nib dan peanut butter RM1.50 dengan hiasan riben ringkas.Harga boleh dirunding jika oder lebih dari 50 case.

Bar chocolate dengan nestum crunchy berperisa oren/strawberi RM1.70. sebagai doorgif. Cover boleh dirunding mengikut kehendak.
Bekas boleh diisi cokelat yang dibalut dengan aluminium foil. Amat sesuai dijadikan doorgif untuk  apa jua majlis.



Ada berbagai warna.
Bekas cokelat yang berkualiti tinggi. ada berbagai design dan warna.