Sunday, February 28, 2010

Harijadi Ejam dan Pak Ngah

26.2 hari tu harijadi Nizam. Kebetulan abang aku Aman aka Pak Ngah Nizam, harijadi dia jatuh pada 22.2 so kami sambut satu hari tu  sekali.Bukan buat besar2 sekadar anak beranak je.

 

Tengok, tulis pun fancy je. Ni pertamakali aku tulis guna ganache oren dan strawberi. Yang best Aku guna couverture coc untuk wat ganache ni, Sedap!hehe puji sendiri tapi memang sedap sbb ada perisa lain selain coklat. Tengok Nizam tersenyum lebar! Dah 20 tahun anak ma kan. Ingat masa kecik dulu lasak bukan main. Asik ilang celah kain bila bawa ke hypermarket. Cergas dan memang la nenek dia kenal dia ni nakal. Hafiz nangis je..sat lagi ada la suara kuar panggil dia...
 Nizammmm....
Tak lama lagi harijadi Ita lak yeeee...




Kek bufday aman aku wat cmc pun perisa oren dan strawberi pada tulisan..ye la..wat sekali dgn nizam punya kan. Err...dah dewasa abang aku...pejam celik tak terasa usia kita menjangkau angka lebih besar. Hafiz, anak bujang Aman pun datang gak..tapi tak tertangkap lak gambar dia. Sowy ye Hafiz.
Untuk Nizam dan Aman 
SELAMAT HARIJADI
SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI
MOGA ALLAH BERKATI HIDUP DUNIA AKHIRAT
SIHAT SELALU CERIA SELALU!



Wednesday, February 10, 2010

Aktiviti sepanjang minggu lepas

Masa hujung minggu je waktu sesuai aku nak buat aktiviti aku sendiri seperti mencoklat dan mengekek. Tak sangka jugak hujung minggu projek tak berhenti tapi bukanlah banyak mana sebab aku pun bukan expert lagi cuma bila ada saja tempahan buat aku teruja dan nak perform yang terbaik...

 

Mula2 birthday cake. Teman seorang sahabat menyambut harijadi anaknya. Chocolate Moist Cake memang menjadi kegemaran. Emir dan Amar gemar dengan Upin Ipin dan juga bear comel tersebut. Aku juga menghadiahkan mereka 4 ekor bear lain yang agak besar. Hingga saat ini mereka belum ambil lagi dari sahabat aku tu sebab aku agak terlewat mengirimkan pada mereka. Aku harap kembar comel ini suka dan tak lupa juga terima kasih pada yang meng order kek tersebut.



Ini pula aku namankan BELANTARA CINTA sempena menyambut anniversary teman yang baru ku kenali. Juga Chocolate Moist Cake. Aku juga harap mereka menggemarinya dan selamat menyambut ulangtahun ye...

 

Ini pula black forest yang bernama GO FOR REST khas untuk teman se pejabat suami aku yang pulang ke Terengganu.Tengahmalam kami serbu flat mereka sebelum mereka pulang. Kasi mereka teringat2 BF aku..hehehe..




Ini pula BFC tempahan dari sahabat suami aku juga, Intan. Intan dah order dari aku CMC dan coklat. Aku hadiahkan dia juga dua pack coklat untuk makan2. Aku harap Intan suka akan BFC ini...


Last sekali... coklat dari teman se kuliah Nizam yang akan dibawa pulang ke Kedah. Aku buat selepas subuh dan pack dalam pukul 9.30 pagi. Alhamdulillah....

Sebenarnya ada lagi kek dan coklat lain yang tidak sempat aku snap gambarnya...bukan apa ..bukan bz gak...terlupa..huhu... tak pe lah...ini pun dah cukup rasanya...

Untuk BFC aku sekarang bagi harga promosi. Masih dalam proses untuk makeup cake aku tu... Insyallah..lepas ni nak buat kek tiramisu pula..Intan kata dia suka... ada sapa2 yang suka dan minat nak tempah....hehhehe

Friday, February 5, 2010

Pelan jalan ke Hanum Bakers

Saya kesian juga sebab ada sahabat yang tidak dapat sampai ke kedai Hanum Bakers. Walau dah lalu depan kedai masih kurang pasti. Kena la pusing balik...

Jadi saya buatkan pelan jalan ni dan harap2 semua boleh jumpa kedai ini. Pada yang dah jumpa...alhamdulillah...

Siapa lagi nak tolong saudara se agama kalau bukan kita...mari kita ramai2 memeriahkan kedai yang sekitarannya adalah dari orang Islam juga.



 Sila klik gambar untuk view lebih terang.


Kalau pasal makan, saya rajin juga ke kedai oblong tu. Kedai apa tu? Dia jual makanan macm burger, sos, telur dll. Oblong tu kan bujur jadi burger bentuk bujur. Ada jual roti oblong sekali. Sedap!

Lagi satu dia juga jual burger Khadijah.Anak2 saya suka...memang sedap...ikut selera saya la...bila masak tu kan..bau diaaaaaaaaaaaaaaaa.....aroma diaaaaaaaaaa...tak terkata..ikut hidung saya yang suka bau nye la..tak tau orang lain kan..


 Inilah burger Khadijah tu...

Sapa2 yang member HPA, leh beli produk tersebut dari kedai ECPI sebelah Oblong tu.

Dan satu lagi pada sesiapa yang gemar pergi Pak Aji, kat blok 2 tingkat sebelah Wescourt tu akan di buka tak lama lagi dan sebelah kedai Pak Aji tu ada kedai yang jual daging lembu,kambing dan ayam beserta segala sos. Saya dah pernah beli  kambing dia untuk di panggang. Zasssss...sedappppppp...

 

 


SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!!!