Wednesday, February 10, 2010

Aktiviti sepanjang minggu lepas

Masa hujung minggu je waktu sesuai aku nak buat aktiviti aku sendiri seperti mencoklat dan mengekek. Tak sangka jugak hujung minggu projek tak berhenti tapi bukanlah banyak mana sebab aku pun bukan expert lagi cuma bila ada saja tempahan buat aku teruja dan nak perform yang terbaik...

 

Mula2 birthday cake. Teman seorang sahabat menyambut harijadi anaknya. Chocolate Moist Cake memang menjadi kegemaran. Emir dan Amar gemar dengan Upin Ipin dan juga bear comel tersebut. Aku juga menghadiahkan mereka 4 ekor bear lain yang agak besar. Hingga saat ini mereka belum ambil lagi dari sahabat aku tu sebab aku agak terlewat mengirimkan pada mereka. Aku harap kembar comel ini suka dan tak lupa juga terima kasih pada yang meng order kek tersebut.



Ini pula aku namankan BELANTARA CINTA sempena menyambut anniversary teman yang baru ku kenali. Juga Chocolate Moist Cake. Aku juga harap mereka menggemarinya dan selamat menyambut ulangtahun ye...

 

Ini pula black forest yang bernama GO FOR REST khas untuk teman se pejabat suami aku yang pulang ke Terengganu.Tengahmalam kami serbu flat mereka sebelum mereka pulang. Kasi mereka teringat2 BF aku..hehehe..




Ini pula BFC tempahan dari sahabat suami aku juga, Intan. Intan dah order dari aku CMC dan coklat. Aku hadiahkan dia juga dua pack coklat untuk makan2. Aku harap Intan suka akan BFC ini...


Last sekali... coklat dari teman se kuliah Nizam yang akan dibawa pulang ke Kedah. Aku buat selepas subuh dan pack dalam pukul 9.30 pagi. Alhamdulillah....

Sebenarnya ada lagi kek dan coklat lain yang tidak sempat aku snap gambarnya...bukan apa ..bukan bz gak...terlupa..huhu... tak pe lah...ini pun dah cukup rasanya...

Untuk BFC aku sekarang bagi harga promosi. Masih dalam proses untuk makeup cake aku tu... Insyallah..lepas ni nak buat kek tiramisu pula..Intan kata dia suka... ada sapa2 yang suka dan minat nak tempah....hehhehe

2 comments:

  1. sedap sedap nyer sumer!
    nyum nyummmm...

    ;)

    ReplyDelete
  2. sedapnya maksu...bilahlah agaknya su dapat rasa kek yang maksu buat...ngan coklat tu....

    ReplyDelete