Friday, January 29, 2010

Black Forest dan CMC for birthday girls



Kawan Nizam oder BFC dan CMC untuk kawan2 se kolejnya dan sudah tentu la perempuan. Seramai 22 orang meraikan birthday  AISHIMA (combine dari 2 gurls) disamping agaknya meraikan semester break. Cukup ke kek tu....apapun mereka puashati dapat makan kek yang fresh...mana taknya....aku buat petang selepas rosak 1 kek pagi tu kerana blackout.Aku bakar 4 set kek...

Malangnya satu kek pun tak sempat snap gambar sebab Nizam nak bawa lepas maghrib dan aku dapat siap exactly lepas maghrib. Since dia dah nak keluar...kami buat surprise untuk Adila sekali yang juga menyambut birthdaynya pada hari itu juga iaitu 27.1. Yang gelihatinya aku buat kek banyak2 tapi saja aku cakap untuk kawan Ati dan abahnya. Dia nampak sedih ...kesian dia... dia pun dapat kedua2nya sekali iaitu BFC dan CMC...punnnn tak sempat nak snap sebab cepat2 kena solat maghrib...huh....keletihan ..malam tu aku stay sampai kul 1pagi nak update blog lak....

Jom kita tengok2 gambar ehsan dari kawan Nizam yang di upload dari myspace nye..terima kasih ye...walau tak berapa clear aku puashati dapat gak nengok....tengok apa tau..tengok udang dia tu!!!


 

Aku tak pasan lak Hanum ada bagi lilin...


Nampak tak udang tu....ishh sodappp nampaknya....Nizam kata coklat love tu ilang dulu....hahaha... budak2 la katakan....

Namun masih ada lagi yang perlu aku baiki wajah BFC aku tu...walau rasa dah cukup umpphhh...aku kena pandai makeup kan agar tampak lebih menarik dan menawan lagi.

Wednesday, January 27, 2010

Birthday cake & Package

Lama aku  tak update blog.Memelihara alam sekitar (jaga umah je..hehehe) dan pemandu kanak2 ke sekolah acapkali buat aku keletihan. Lalu gambar yang dah lama tersimpan, terperap saja  menanti dipamerkan.. huhu.... macam bagus je kan.... tak pe..sekadar minta sokongan dari semua dan komen membina agar aku terus kuat dan tambah baik skilnya... yang ada ni masih terlalu banyak untuk dipelajari.


Di sini ada beberapa tempahan dari kawan2 anak dan juga tadika sahabat saya Yasmin di Ampang iaitu Tasnim. Mari kita mulakan langkah mencuci mata disamping berbincang apaaaaaaa yang perlu dilakukan untuk yang terbaik.

Ini untuk sahabat baik saya, Maimunah Nasution di Putrajaya. Kami bertemu di Masjid berhampiran AU2A. Kenal sekali dengan Normah yang manis. Rupa asalnya kek tu macam ni, tapi bila dah jumpa dia ..tercair lak....agaknya sebab panas terik ... rasa terkilan yang amat sebab jadi macam tu. Maaf la Ana...lain kali I bawa dalam polistyrene box ek... Disamping tu aku bagi beberapa kotak coklat. Aku harap dia suka sebab sampai la ni dia diaaaaaaam sejuta bahasa.... geram betul dengan dia tauuuuuu!



Ini pulak tempahan dari kawan Ain, Hasneeda untuk adik dia. Baik betul kakaknya... bagusla tu....sejahtera adik beradik. Sebagai gift, aku bagi coklat bar. Hasneeda kerja di Cosway dekaaaat je dengan rumah aku. Ada sesiapa nak beli Cosway leh la kirim.. hehehe..Terima kasih Hasneeda.lain kali leh oder lagi ye.



Haaaa! yang ini pulak tempahan dari cikgu tadika Tasnim di Ampang. Aku menyediakan pakej birthday berupa kek dan pack hadiah yang berisi pelbagai makanan. Nak tau apa isinya...tungguuuuu....aku terkilan sket gambar kurang cantik...

Kat bawah je...

Sebelum tu aku nak kisahkan bagaimana aku buat coklat doremon yang penuh dengan kesabaran. Nak color mata,tangan, mulut, loceng...ish... memang menduga kesabaran apa taknye, sat sat Alisha huk hek, pastu Iman lak.Tak pe itula ujiannya kan. Nak kena buat 20 ekor doremon... 3 dimensi...tapi sayang..aku tak kesempatan nak lekat belakang doremon tu sebab kehabisan coklat! Ishh....memalukan saja..jadi aku lekatkan saja dia berdiri di keliling kek untuk dinikmati oleh 20 orang murid2 yang comel2 belaka. Alahai Aafi..tahun depan auntie wat Ben10 lak ye....



Ini adalah antara isi dalam pack tersebut. Seekor bear.. dan yang lainnya tengok kat bawah lak.



...yang lain tu adalah isinya. Bag pack ada dibelakang. Ini pack untuk birthday boy..dia dapat 2 ekor bear, 1 putih 1 coklat dan dia juga dapat coklat bar sebagai hadiah dari aku. Yang lainnya sama saja mereka dapat.

Dan kat bawah ni ehsan dari Yasmin pada majlis tersebut. Seronok Aafi yeee... jadi king laaa. Crown tu Yasmin  dan seorang lagi guru sediakan untuk birthday boy.


Terima kasih Yasmin dan cikgu. Moga tadika Min tambah maju ye dan urusan kita berpanjangan.

Jadi kalau ada sesiapa yang berminat nak minta khidmat package sebegini boleh hubungi aku.. insyallah aku sedia berkhidmat.


Saturday, January 16, 2010

CMC komet can cmc loveletter

CMC komet lagi!!

Seronok ju gak buat komet ni...apalagi kalau dapat makan..percaya tak 2 biji kek abis kat rumah je.. hahaha




cmc komet

Yang kat bawah ni trial saja..dan aku pun saja letak white compound coc banyak2..tu dia! Aku lapiskan cmc ni dengan loveletter yang disaluti dengan cocolat . Kemudian aku drizzle white compound cocolat tebal2. Buruk pulak kan! Tapi sedak gak sebab ada perbezaan dengan coklat lain sebab aku letak kayu balak! (love letter).



Lepas ni kena lebih fokus dan buat lebih baik. Sebenarnya aku nak lekatkan loveletter tu keliling kek tapi Iman tak sabar nak makan! Dan kat tengah tu leh la aku lekatkan white compound bentuk love. So wat apa yang cepat je la. Tak sampai 10 minit dah selamat!

Sunday, January 10, 2010

Coklat untuk hantaran atau gift

Aku memang tak mahir tapi suka mencuba. Apa saja alatan yang sesuai di dapur yang boleh dijadikan mold..cubalah..itula kata seorang kawan...Ini percubaan kedua aku.

Jom cuci mata..kot kot ada yang dapat beri idea nak design macamana..aku sebenarnya teringin nak buat
katil yang dihias bunga2 serta dgn tiang katil sekali....sampai tak tidur dok memikirkannya...yang penting semua menggunakan coklat...mungkin juga boleh di tambah biskut ataupun kek.....belum terlaksana lagi..masih lagi mencari idea yang boleh memudahkan..

Jom kita buat edisi tengok-tengok..


ok tak?...




full view...

more closer...

Ini untuk pengantin baru Asmahani dan pasangan...anak2 saya tanya
kitorang nyer tak de ke...
ish...hari2 makan coklat..sendiri mau ingat..


Chocolate Moist Cake-Ikan?Berudu?

Alhamdulillah ...cmc comel (berat 500g) mendapat tempat di hati mereka yang pernah merasanya. Bukan maksud aku aku pandai buat, semuanya dengan izin DIA yang menyayangi. Aku ni pulak suka saja nak cuba buat lain sikit disamping aku letak sekali beberapa biji coklat di atasnya.

Aku dah terlepas pandang beberapa biji kek tanpa sempat snap gambarnya. Tak pelah...camareman aku g sekolah..jadi kena lah guna camera biasa...hp punya je....tapi selalunya aku tunggu Nizam balik..hp camera gak....hehehe...tapi lebih cantik la dari aku punya...errr...aku punya ke....marah kang anak bujang tuh..

Jom cuci mata dengan hiasan yang menjadi tandatanya anak2 aku..


Bentuk apa ni ma?macam berudu je?

Ye ke... berkerumun sekejap nak lihat anak ikan a.k.a berudu...

Sayang wei..anak ikan ke ..berudu ke...ada ke pernah nampak design macam ni.... ..hehhe... geram lak aku nengok anak3 aku ni...

Tak ada lak ma...ma sorang je wat cam ni... memang anak2 aku rajin 'giat' aku!

Ini semua adalah gugusan bintang yang bertaburan...macam komet gitu.... tambah aku...

Emmm..... ok la......kot....


hahahaha....

Apa pendapat anda semua..ada rupa komet ke....


Ini cmc dua hati bertemu di cakerawala


Ini cmc komet...ye ke...




 gandingan komet dan cakerawala cinta..

Hahahaha...pandai aku taruk nama kan!
Cmc ni beratnya dalam 500g dan harga promosinya adalah RM12.00. Untuk lebih menarik semua hiasan tu iaitu love shape dan komet serta drizzle dan dot putih adalah dari compound cokelat....Nak rasa? emm....sedap...kata anak2 saya..

Komen dari Ila dan Intan serta makcik Intan...sedap!Alhamdulillah....

Tuesday, January 5, 2010

Kedai menjual bahan2 kek-Hanum Bakers

Berita baik!!

Bagi kawasan sekitaran Ampang/Keramat/Cheras, anda boleh membeli barangan bahan2 kek,biskut dan roti dari kedai yang baru dibuka milik orang melayu. Nama pemiliknya adalah Fathilahanum dan panggil saja Hanum. Aku beli barangan untuk ganache. Coming, dia akan jual Beryl's dan produk coklat lainnya. Memang dia akan menambah barangannya dari masa ke semasa.

Jom ramai2 kita bantu orang kita berniaga. Moga Allah memberkati segala usaha kita yang murni.



 

 

Ini antara beberapa gambar yang sempat aku snap. Nak snap gambar tuan punya kedai tak sempat sebab anak2 aku sibuk ikut mana aku pergi. Alamat seperti di bawah:

Hanum Bakers
Lot 40 & 48 Blok B4
Ampang Waterfront
Jalan Ampang
Bukit Belachan
68000 Ampang

Telefon : 012-9132687

Friday, January 1, 2010

Kek Coklat dan coklat

Minggu lepas aku agak sibuk sedikit kerana ada pesanan untuk kek cokelat. Memang dah lama sangat aku tak buat...tak silap aku adalah dalam 4 tahun aku tinggalkan arena kek mengekek ni. Untuk makan sendiri adalah sesekali buat tapi untuk jual dah berhenti.

Masa di MCLJ dulu, memang banyak juga pesanan kek coklat, tak kurang juga kek oren (resepi dari arwah mak), plain chez cake (kawan aku, Ain, makan sorang2 kek seberat lebih dari 1.5kg..no sharing!) dan jugak kek kukus buah (resepi dari mak kak Faridah). Tak menang tangan jugak. Seronok!

 

Kek di atas di tempah oleh sahabat suami aku,Ila, yang akan di bawa pulang ke Terengganu dengan menaiki bas untuk dimakan bersama keluarga. Risau juga..harap2 semuanya ok. Nak tau tak..sebenarnya aku tak pandai nak hias2 dengan bunga yang cantik2. Lantas aku gunakan mold coklat yang sedia ada. Dengan menggunakan coklat compound (coklat khas utk buat coklat) yang telah di 'love shape'kan, aku susun ia atas kek tu. Tak cukup lagi,  nak buat konon2 coklat putih tengah terjun...tapi tak sempat  terjun dah beku...aku harap Ila suka dengan design aku ni. Berat kek ini adalah 1kg.

(dah dapat feedback dari Ila(aku sms dia tanya kabar kek dan coc di malam di rumah Ila ada kenduri..alahai ...kesian Ila...aku kacau dia). Ila kata semua puashati dan tak cukup!Alhamdulillah ..terima kasih Ila..boleh oder lagi lepas ni..yang besar pulak ye..hehehe)



Ini pulak cmc dan cmcc.seronok pulak sesekali  dengan warna2 ceria. anak2 aku suka sangat la tolong tabur bintang2 berkerlipan ini. Yang ini pula oder dari seorang sahabat. Berat cmc ini adalah 500g. Dan cmcc tu untuk Ila juga.





Coklat ini pula telah di oder oleh mak Aini. Aini ada beli coklat percubaan 6 biji yang sering dibawa oleh suami aku.  Lepas tu dia oder sebanyak 100 biji dengan pelbagai filing/ganache seperti caramello,strawberry, blueberry, mango,nenas etc etc. Terima aksih Aini dan  harap Aini dan mak puashati.





Ini adalah ganache caramello yang amat disukai oleh anak2 aku. Jadi tiap kali buat coklat,pasti kena buat lebih untuk ini. Nizam dengan senang hati memecahkan caramellonya untuk menikmati isinya dengan anda semua. Lepass tu apalagi..ilang dalam tekak Nizam...

Terima kasih pada semua yang menempah. Pada Aliz terima kasih kerana tak henti oder diikuti pulak dengan kawan2 Aliz. Tak sempat nak snap gambar coklat untuk birthday mak Aliz yang anggun dan kelihatan muda. Kalau rindu, calling2 la ye...