Tuesday, January 5, 2010

Kedai menjual bahan2 kek-Hanum Bakers

Berita baik!!

Bagi kawasan sekitaran Ampang/Keramat/Cheras, anda boleh membeli barangan bahan2 kek,biskut dan roti dari kedai yang baru dibuka milik orang melayu. Nama pemiliknya adalah Fathilahanum dan panggil saja Hanum. Aku beli barangan untuk ganache. Coming, dia akan jual Beryl's dan produk coklat lainnya. Memang dia akan menambah barangannya dari masa ke semasa.

Jom ramai2 kita bantu orang kita berniaga. Moga Allah memberkati segala usaha kita yang murni.



 

 

Ini antara beberapa gambar yang sempat aku snap. Nak snap gambar tuan punya kedai tak sempat sebab anak2 aku sibuk ikut mana aku pergi. Alamat seperti di bawah:

Hanum Bakers
Lot 40 & 48 Blok B4
Ampang Waterfront
Jalan Ampang
Bukit Belachan
68000 Ampang

Telefon : 012-9132687

10 comments:

  1. kak inaa...dah dekat bestnyaa..
    selalu beli kat perfect formula.tp brg dia mahal la. kdg2 pi bagus kat melawati tu ...
    buka smp kul brp nie? sabtu ahad buka x?

    ReplyDelete
  2. riena manja,nti akk survey ek...mmg petang ni nak singgah sat...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum semua

    Terimakasih saya pada Ina yang telah menolong mempromosikan kedai kecik saya ni.

    Untuk pengetahuan semua Hanum Bakers dibuka setiap hari, insya'allah dari jam 9:30pg hingga jam 8:30mlm.

    Kehadiran dan sokongan dari semua amat saya alu-alukan. Dan kalau boleh beri komen dan pandangan tentang Hanum Bakers(HB), tentang barangan yang terdapat disini, harga-harganya..dll pun amat saya harapkan demi memperbaiki HB dimasa akan datang.

    Bagi pengemar & pengusaha biz coklat, insya'allah, pada minggu hadapan, stok Cocoa Block Selbourne akan sampai.
    1- Selbourne Cooking chocolate Compound 2.5kg
    2- Selbourne Cocoa Block Compound 2kg
    3- Selbourne Milk Choc Block - Couverture 2kg
    4- Selbourne White Choc Compound 1kg
    5- Canned Buttercap 1kg

    Fyi, harga cocoa/coklat sekarang semuanya sudah naik....dengar cerita from 15% - 25% increase. Selbourne choc yang saya order ni pun...price dia tak tentu lagi berapa $$$??

    Bagi pengemar mashed potato, pengusaha western food restaurant...atau ibu-ibu yang ada baby & anak kecik....stok Instant Mashed Potatoes, Brown Sauce, Cream of Mushroom & Light Mayo juga akan sampai minggu hadapan.


    Wassalam.

    ReplyDelete
  4. kak ina... ari tu lalu sepanjang waterront tu tp x jumpa yg mana satu kedai diaa...oohh sedihnyaaa

    ReplyDelete
  5. riena.kedai kek tu kan lepas je traffic lite kosas menuju ke bukit belacan...kan ada simpang masuk waterfront belah kiri,masuk simpang pertama tu.blk mula2 adalah yg 2 tingkat tu kan,pastu blk setingkat pertama.riena g blok setingkat kedua. dia antara ada kedai yg jual ECPI.ada tulis PEMBEKAL BAHAN KEK.... klu tak jumpa gak..kol akk ye...telefon kat blog ni.semoga jumpa...

    ReplyDelete
  6. patut la x jumpaa..sbb ari tu dh ckp dgn mak suh masuk simpang tu.tah cmna dia terlepas..patu masuk simpg ke 2 tu yg x jumpa...rasa dh perasan dah kedai tu...dia between ECPI dgn sejuk beku kan?

    ReplyDelete
  7. ye riena.simpang pertama sebenarnya dah kena tutup yg betul2 dekat traffic lite lps kuar dari kosas tu. ada satu simpang je nak masuk situ sekarang.klu terlepas tu kan, buat derk je la masuk ikut laluan kuar tu..hehehe..good luck.salam untuk Hanum ek...

    ReplyDelete
  8. Salam Ina

    Fyi..nie Hanum Bakers blogs address...http://hanumbakers.blogspot.com. Sorrylah...lama sangat nak adakan blog nie, yang ada pun tak seberapa lagi..insya'allah Hanum akan update blog tu from time to time...tq

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah...tercapai juga maksud ye..moga terus berjaya ye Hanum

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..nk tnya..kdai ni msih broperasi lgi ke?

    ReplyDelete