Friday, January 1, 2010

Kek Coklat dan coklat

Minggu lepas aku agak sibuk sedikit kerana ada pesanan untuk kek cokelat. Memang dah lama sangat aku tak buat...tak silap aku adalah dalam 4 tahun aku tinggalkan arena kek mengekek ni. Untuk makan sendiri adalah sesekali buat tapi untuk jual dah berhenti.

Masa di MCLJ dulu, memang banyak juga pesanan kek coklat, tak kurang juga kek oren (resepi dari arwah mak), plain chez cake (kawan aku, Ain, makan sorang2 kek seberat lebih dari 1.5kg..no sharing!) dan jugak kek kukus buah (resepi dari mak kak Faridah). Tak menang tangan jugak. Seronok!

 

Kek di atas di tempah oleh sahabat suami aku,Ila, yang akan di bawa pulang ke Terengganu dengan menaiki bas untuk dimakan bersama keluarga. Risau juga..harap2 semuanya ok. Nak tau tak..sebenarnya aku tak pandai nak hias2 dengan bunga yang cantik2. Lantas aku gunakan mold coklat yang sedia ada. Dengan menggunakan coklat compound (coklat khas utk buat coklat) yang telah di 'love shape'kan, aku susun ia atas kek tu. Tak cukup lagi,  nak buat konon2 coklat putih tengah terjun...tapi tak sempat  terjun dah beku...aku harap Ila suka dengan design aku ni. Berat kek ini adalah 1kg.

(dah dapat feedback dari Ila(aku sms dia tanya kabar kek dan coc di malam di rumah Ila ada kenduri..alahai ...kesian Ila...aku kacau dia). Ila kata semua puashati dan tak cukup!Alhamdulillah ..terima kasih Ila..boleh oder lagi lepas ni..yang besar pulak ye..hehehe)



Ini pulak cmc dan cmcc.seronok pulak sesekali  dengan warna2 ceria. anak2 aku suka sangat la tolong tabur bintang2 berkerlipan ini. Yang ini pula oder dari seorang sahabat. Berat cmc ini adalah 500g. Dan cmcc tu untuk Ila juga.





Coklat ini pula telah di oder oleh mak Aini. Aini ada beli coklat percubaan 6 biji yang sering dibawa oleh suami aku.  Lepas tu dia oder sebanyak 100 biji dengan pelbagai filing/ganache seperti caramello,strawberry, blueberry, mango,nenas etc etc. Terima aksih Aini dan  harap Aini dan mak puashati.





Ini adalah ganache caramello yang amat disukai oleh anak2 aku. Jadi tiap kali buat coklat,pasti kena buat lebih untuk ini. Nizam dengan senang hati memecahkan caramellonya untuk menikmati isinya dengan anda semua. Lepass tu apalagi..ilang dalam tekak Nizam...

Terima kasih pada semua yang menempah. Pada Aliz terima kasih kerana tak henti oder diikuti pulak dengan kawan2 Aliz. Tak sempat nak snap gambar coklat untuk birthday mak Aliz yang anggun dan kelihatan muda. Kalau rindu, calling2 la ye...






3 comments:

  1. KEK YANG KE KELANTAN LAWA LA DIK. TAHNIAH!!!!!
    jANGAN LAWAN TOKE YE

    ReplyDelete
  2. adehhh...orang nak munculkan kembali kegemilangan lama...heheheh

    ReplyDelete
  3. salam....bestnya nampak kek tu maksu...boleh suraya tempah nie...coklat tu pun nampak sedap..bila nak bagi rasa nie.....

    ReplyDelete