Wednesday, January 27, 2010

Birthday cake & Package

Lama aku  tak update blog.Memelihara alam sekitar (jaga umah je..hehehe) dan pemandu kanak2 ke sekolah acapkali buat aku keletihan. Lalu gambar yang dah lama tersimpan, terperap saja  menanti dipamerkan.. huhu.... macam bagus je kan.... tak pe..sekadar minta sokongan dari semua dan komen membina agar aku terus kuat dan tambah baik skilnya... yang ada ni masih terlalu banyak untuk dipelajari.


Di sini ada beberapa tempahan dari kawan2 anak dan juga tadika sahabat saya Yasmin di Ampang iaitu Tasnim. Mari kita mulakan langkah mencuci mata disamping berbincang apaaaaaaa yang perlu dilakukan untuk yang terbaik.

Ini untuk sahabat baik saya, Maimunah Nasution di Putrajaya. Kami bertemu di Masjid berhampiran AU2A. Kenal sekali dengan Normah yang manis. Rupa asalnya kek tu macam ni, tapi bila dah jumpa dia ..tercair lak....agaknya sebab panas terik ... rasa terkilan yang amat sebab jadi macam tu. Maaf la Ana...lain kali I bawa dalam polistyrene box ek... Disamping tu aku bagi beberapa kotak coklat. Aku harap dia suka sebab sampai la ni dia diaaaaaaam sejuta bahasa.... geram betul dengan dia tauuuuuu!



Ini pulak tempahan dari kawan Ain, Hasneeda untuk adik dia. Baik betul kakaknya... bagusla tu....sejahtera adik beradik. Sebagai gift, aku bagi coklat bar. Hasneeda kerja di Cosway dekaaaat je dengan rumah aku. Ada sesiapa nak beli Cosway leh la kirim.. hehehe..Terima kasih Hasneeda.lain kali leh oder lagi ye.



Haaaa! yang ini pulak tempahan dari cikgu tadika Tasnim di Ampang. Aku menyediakan pakej birthday berupa kek dan pack hadiah yang berisi pelbagai makanan. Nak tau apa isinya...tungguuuuu....aku terkilan sket gambar kurang cantik...

Kat bawah je...

Sebelum tu aku nak kisahkan bagaimana aku buat coklat doremon yang penuh dengan kesabaran. Nak color mata,tangan, mulut, loceng...ish... memang menduga kesabaran apa taknye, sat sat Alisha huk hek, pastu Iman lak.Tak pe itula ujiannya kan. Nak kena buat 20 ekor doremon... 3 dimensi...tapi sayang..aku tak kesempatan nak lekat belakang doremon tu sebab kehabisan coklat! Ishh....memalukan saja..jadi aku lekatkan saja dia berdiri di keliling kek untuk dinikmati oleh 20 orang murid2 yang comel2 belaka. Alahai Aafi..tahun depan auntie wat Ben10 lak ye....



Ini adalah antara isi dalam pack tersebut. Seekor bear.. dan yang lainnya tengok kat bawah lak.



...yang lain tu adalah isinya. Bag pack ada dibelakang. Ini pack untuk birthday boy..dia dapat 2 ekor bear, 1 putih 1 coklat dan dia juga dapat coklat bar sebagai hadiah dari aku. Yang lainnya sama saja mereka dapat.

Dan kat bawah ni ehsan dari Yasmin pada majlis tersebut. Seronok Aafi yeee... jadi king laaa. Crown tu Yasmin  dan seorang lagi guru sediakan untuk birthday boy.


Terima kasih Yasmin dan cikgu. Moga tadika Min tambah maju ye dan urusan kita berpanjangan.

Jadi kalau ada sesiapa yang berminat nak minta khidmat package sebegini boleh hubungi aku.. insyallah aku sedia berkhidmat.


2 comments:

  1. wah..choc doraemon pon ada kak?
    eemm teddy bear tu brp akak jual satu?

    ReplyDelete
  2. ada riena....budak2 suka ni..
    coc teddy bear tu loose rega promo rm 1.10 per pc. seseuai utk bday atau door gif

    ReplyDelete