Tuesday, April 20, 2010

Bufday Package untuk tadika Tasneem- Ashraf

Pada Khamis lepas,Ashraf menyambut hari lahirnya yang ke 4 di Tadika Tasneem. Kegembiraan Ashraf cukup terserlah di wajahnya. Saya menyiapkan kek coklat kesukaannya dan di tambah dengan coklat kopi perisa oren dan mint. Sebelum ini saya ada bawa kan untuk mereka coklat kopi tersebut sorang 2 biji je hehehe..kedekut auntie Ina dorang...kali ni saya terus lekatkan di kek tersebut...jom tengok gambar.

Inilah Ashraf yang comel. Seeeeeeenyum je...aku tak sempat nak tangkap gambar kek dan package istimewa unutk setiap student..alahai...

Antara gambar Ashraf dan beberapa kawannya yang mencuit hati. Lihat Ashraf mengintai dalam semua beg tersebut. Sebenarnya dia cari maaaana dia punya sebab dia punya special sikit. Ha'! Tengok dah senyum lebar dah dapat hadiah beg dia tu!



Ini semua anak2 comel tersebut. 

Berbagai gelagat yang mencuit hati yang penting mereka ni semua bijak dan pandai. Seawal usia 4 tahun mereka telah dilatih solat Dhuha. Aku suka melihat dan mendengar bacaan mereka. Walau belum begitu lancar tapi sebenarnya mereka hafal surah2 lazim dan bacaan2 dalam solah malah  mereka tau tertib untuk menunaikan solat. Segan kan..orang dewasa sendiri ada yang tak buat solat dhuha apatah lagi solat wajib. Na'uzubillah..moga kita semua adalah antara hambaNYA yang tidak pernah lalai.

No comments:

Post a Comment